Friday, August 12, 2011

Fried Taco

Hi frens! Berbuka apa semalam? I buat mee sup tomato and Tacos. Walaupun resepi yang ni tak berapa glamour, tapi memang special.. semua orang mintak tambah semalam... satu sorang tak cukup! So i kena buat 2nd batch lak malam tadi sebelum tido.

Sorry gambar pakai camera lama ni kelabu asap... now baru i ingat kenapa i beli camera baru dulu... pas ni  maybe kena try ambik gambar pakai phone lak...

2nd attempt - tak dapek nak nolong dah... kelabu jugekkk...

Anyway, cara membuatnya :

Tortillas
Daging cincang
Buah tomato
Daun salad - lettuce
Cheddar cheese
Taco seasoning mix
Salsa - i pakai medium, kalau nak pedas beli yang hot
sour cream - (tak buat)
avocado - untuk dijadikan guacomole (tak buat)

1) panaskan tortilla sheets atas kuali panas
2) kemudian goreng berbentuk lipatan dua (akan menjadi keras, rangup)
3) goreng daging cincang sehingga empuk, taburkan sedikit taco seasoning mix, toskan
4) hiris salad dan buah tomato
5) susun salad dan tomato dalam taco shells
6) kemudian daging cincang tadi
7) kemudian cheddar cheese
8) diakhiri dengan sos salsa

*hidang bersama sour cream dan guacomole (tak buat sebab takde dalam stok my peti ais ajaib)

2 comments:

Fauziah Samad said...

salam. Gambar ni okay lah. cuma perlu edit guna application picnik.

intan said...

Tengkiu Kak Jee,

actually gambar yang ni saya dah guna picnik, tapi kelabu jugak..

thanku Kak Jee kerana sudi visit blog saya :))